Varieti hortikultur Varieti

Varieti tumbuhan merujuk kepada sekumpulan tumbuhan yang mempunyai asal sama dan ciri-ciri serupa dalam satu spesis. Varieti terhasil daripada progeni semula jadi yang mempunyai ciri boleh diturunkan yang berlainan daripada spesis induk seperti warna dan rupa. Nama varieti ditulis selepas nama saintifik, contohnya Millettia pinnata var. xerocarpa (Millettia pinnata - nama saintifik; xerocarpa - nama varieti tumbuhan tersebut).